Tugas lama diperbaharui
Kelmarin (11/10/08)baru saja selesai dua program ziarah pendalaman anjuran Unit AMAL Sabah bagi zon Pantai Barat. Team Unit AMAL dibahagi kan kepada dua. Team 1 menziarahi masyarakat kampung di satu tempat pendalaman Sabah sebelah Keningau iaitu salah sebuah kampung di daerah Nabawan. Dan satu lagi team dihantar ke sebuah kawasan pendalaman pinggir bandar Kota Kinabalu iaitu di salah sebuah kampung di daerah Tamparuli yang dinamakan sebagai kampung kiulu. Program ziarah Unit Amal ini tidak lain adalah untuk meninjau terlebih dahulu keadaan masyarakat kampung tersebut. Aku kebetulan yang bekerja pada hari kelmarin tidak berkesempatan untuk sertai mana2 team. Cadangan asal nak sertai team yang kedua, tapi apakan daya ALLAH lebih dahulu merancang dan melaksanakan perancangannya dengan menurunkan hujan yang agak lebat lalu membantutkan aku untuk pulang ke rumah dan sertai team yang kedua itu.
Harapan masyarakat pendalaman
Jauh di sudut pendalaman tersebut, terhampar satu harapan yang membuak dikalangan masyarakat penduduk di sana untuk mencari sinar yang boleh membimbing mereka melusuri jalan kehidupan seharian mengikut fitrah kejadian manusia. Mereka perlukan bimbingan dan perhatian daripada insan2 yang sudi menggapai tangan mereka dan memimpin mereka untuk memilih jalan sebagaimana disebutkan didalam surah al-fatihah "sirotal mustaqim"(jalan yang lurus,Islam). Buktinya, kedatangan kedua-dua rombongan ke tempat mereka disambut dengan wajah2 yang penuh ceria dan jelas di raut muka mereka pengharapan yang tinggi terhadap kehadiran rombongan tersebut, serta kepulangan rombongan tersebut di balas pula dengan raut wajah yang sedih dan pilu seakan berat untuk melepaskan mereka pergi.
Tugas lama menanti para amilin baru
"Bolehka ustaz datang sini setiap malam ahad untuk bagi ceramah, kami disini lama suda tiada ceramah." kata2 yang ditujukan oleh penduduk kampung kobuni kepada Salman(Salah seorg amilin sepenuh masa Sabah). Begitulah keadaan di salah sebuah kampung pendalaman di pinggir bandar Kota Kinabalu. Walaupun hanya berbekalkan sedikit ilmu yang dipelajari, namun terpaksa juga disampaikan kepada mereka yang sememangnya lagi tandus dan gering walaupun dari segi asas ilmu Islam. Tugas yang menanti tidaklah mengira waktu untuk ditangguhkan namun setiap hari semakin bertimbun dan bertimbun kerana kurangnya amilin yang sanggup untuk memikulnya kerna ianya bukanlah menjanjikan material mahupun pernghargaan yang nampak dek mata kasar. Bersedialah para amilin (termasuk diri aku yang baru nak daftar).
wallahualam
teruskan usaha dakwah kalian di bumi sabah.teringin juga untuk berkhidmat di bumi sabah dan sarawak.tp di negeri sendiri tak terbela lg.berjuanglah dan terus berjuang utk islam tercinta di mana saja kita berada.
ReplyDelete