Pages

Saturday, March 9, 2013

Pusing Macam Gasing.... Pening..!!!

Gambar sekadar hiasan

Dunia politik hari ini memang satu dunia yang ganas. Dunia yang tidak mampu disertai oleh orang yang rendah tingkat akalnya berfikir. Kalau betul-betul belum bersedia dari segi mental dan fizikal, akan mengakibatkan sikap kecundang di tengah jalan. Ambil keputusan untuk berundur. Dan yang terus tiada peluang untuk patah balik. Manipulasi situasi merupakan kata kunci untuk tiket kemenangan sementara dalam usaha untuk menjuarai sesuatu isu yang timbul. Pengaruh dan sokongan pula adalah hasil atau tiket untuk melonjakkan diri ke peringkat atas.

Bukan teori yang nak dibincangkan pada kali ini, tapi hal keadaan yang berlaku dalam negara kita sekarang yang telah merunsingkan segenap pemikiran masyarakat yang ada pada hari ini. Pelbagai isu yang telah timbul menjadikan kebanyakkan ahli politik kini khususnya di Malaysia rakus mengambil peluang masing-masing untuk tujuan meningkatkan populariti dalam masyarakat. Tujuan tidak lain untuk dilihat sebagai juara. Tapi satu impak yang tinggal kesan besar kepada rakyat adalah kemampuan akal untuk meneliti sesuatu isu dan khabar berita yang timbul. Lagi-lagilah zaman ini, yang mana meklumat tersebar dengan pantas seiring dengan kemajuan IT yang ada di negara kita ini. 

Belum reda dengan isu Lahad Datu diceroboh, timbul pula isu liwat yang hampir dilupai oleh orang ramai. Kalau isu lahad datu itu boleh kita lihat yang BN cuba serang pakatan, yang pakatan pula cuba serang BN. Yang BN kata Lahad Datu macam ini, Pakatan pula kata Lahad Datu tu BN yang rancang. belum pun habis reda isu Lahad Datu, datang pula Bapa yang anaknya diliwat mengaku anaknya tak diliwat dan ianya satu konspirasi. Belum sempat keterangan bapa tersebut, muncul pula anaknya dalam kaca Tv mengaku secara 'Istiqamah' yang dia diliwat. Akhirnya isu ni berlegar-legar dan berpusing-pusing. Yang jadi mangsanya adalah gasing(rakyat) yang akhirnya pening untuk menganalisa yang mana satu patut diterima.



SG : Kadang-kadang saya sendiri malas nak ambil 'port' pasal isu negara ni, tapi kalau tak ambil 'port' nak jadi warganegara mana pula? takkan bangladesh kot?(jangan marah ye orang bangla).

1 comment:

  1. Main games Poker Online di ANAPOKER Sekarang, Hanya dengan modal 10rb Pulsa lho

    Khusus pengguna Tsel & XL, ANAPOKER Menyediakan Layanan 24jam & deposit dengan dana Pulsa

    Dengan Minimal Withdraw 25rb juga lho, Gabung dengan Anapoker. Contact Sekarang
    Whatsapp : 0852 2255 5128
    Line ID : agenS1288
    Telegram : agenS128

    Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
    link alternatif sbobet

    sbobet alternatif

    login sbobet

    link sbobet

    sabung ayam online

    adu ayam

    casino online

    poker deposit pulsa

    deposit pulsa poker

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    ReplyDelete