Pages

Saturday, February 12, 2011

SELEPAS BER'TENANG' KE MERLIMAU



Melaka terkenal dengan negeri jolokan Benteng Barisan Nasional. Salah satu daripada negeri-negeri selatan yang dianggap sebagai kubu kuat Kerajaan Barisan Nasional. Keputusan Pilihanraya Umum 2008 menunjukkan rakyat di negeri Melaka juga seakan telah berubah angin dan tidak dinafikan ada segelintir lagi yang masih memberikan sokongan kepada pemerintah skarang walaupun pernah dikatakan oleh beberapa orang pemerhati politik bebas sebagai tidak relevan sudah kini. Ini kerana terlalu lama pemerintah sekarang memegang tampuk kuasa dan dilihat gagal untuk menguruskan beberapa hal yang berkaitan dengan kebajikan rakyat.

Setelah bertenang di Johor, kini satu lagi episod pilihanraya kecil bakal ditempuhi oleh parti-parti politik di Malaysia ini. Pakatan Rakyat telah mencapai kata sepakat dengan memberi laluan dan menyokong penuh calon daripada parti PAS untuk menjadi lawan kepada parti pemerintah yang semestinya tidak akan memberi laluan yang mudah bagi menguasai tampuk pemerintahan Negeri mahupun Pemerintahan di Puteraya kelak.

Dengan berbekalkan kemenangan moral Parti BN di Tenang pasti memberi satu kredit besar kepada jentera Parti mereka dan sudah pasti selain daripada material kewangan, kemenangan yang diperolehi di Tenang baru-baru ini sedikit sebanyak menampakkan bahawa BN masih relevan di kacamata pengundi. Namun berbeza dengan PAS yang mempunyai prinsip dan dasar yang jelas dan bukan habuan dunia yang diingini malah kekuatan petugas-petugas PAS lebih terletak kepada pegangan aqidah yang menjadikan mereka masih kekal walaupun setelah tewas. 

Namun yang pasti, rakyat adalah penentu. Seiring dengan kebangkitan dan revolusi yang dilakukan oleh rakyat mesir, adakah ianya boleh memberi pengaruh juga bagi membangkitkan gelombang bagi rakyat di Melaka??? Kita tunggu dan lihat.......


No comments:

Post a Comment