Gambar : Sekitar Himpunan BERSIH 3.0
Saya cukup yakin, ramai yang tidak sabar untuk menunggu tarikh 1 Mei 2014. Selain dari hari cuti sempena Hari Pekerja, pada tarikh tersebut merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia. Ramai dikalangan rakyat amat menergti malah jauh dari itu perit merasakan ekonomi negara yang semakin menekan khususnya bagi mereka yang tinggal di bandar-bandar besar.
Kenaikan demi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan atas alasan membantu meningkatkan ekonomi negara merupakan satu slogan mual yang dilaungkan oleh Kerajaan khususnya dalam nak melindungi kepincangan serta segala skandal yang telah dilakukan. Satu demi satu skandal dan salah urus wang rakyat didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyebabkan ramai dikalangan rakyat sudah jemu dengan tingkah laku dan segala dasar yang dicadangkan oleh kerajaan sebenarnya dilihat adalah untuk menampung kerugian atas perbuatan mereka sendiri.
Ramai atau tidak yang akan turun nanti kita sakasikan bersama #501.
SG : Mungkin ramai yang dah tak sabar nak berdepan dengan FRU......

No comments:
Post a Comment