Pages

Friday, March 21, 2014

#MH370 : Spekulasi demi spekulasi, Isu Negara kian tenggelam.

Gambar sekadar hiasan

Sedar atau tidak sudah lebih dari 10 hari negara Malaysia dirundung dengan kisah pencarian demi pencarian bagi kehilangan pesawat MAS MH370. Pelbagai teori dan spekulasi telah diwujud dan diterbit namun selagi bukti tidak dapat ditemui, semua teori dan spekulasi tersebut tak dapat diterima malah boleh ditolak. Untuk itu jalan yang terbaik adalah memohon doa dari ALLAH kerana segala apa yang terjadi ini adalah termaktub dengan kehendakNYA. Semoga sinar harapan semakin cerah untuk tatapan rakan dan ahli keluarga penumpang bagi penerbangan tersebut.

Disebabkan juga isu kehilangan ini, negara telah seakan-akan tenggelam daripada isu-isu kebejatan dan kerosakan sistem yang berlaku dalam negara ini. Sebenarnya masih banyak isu yang perlukan perhatian selain dari menumpukan sesuatu isu yang masih tidak pasti. Isu kenaikan harga barang, pelaksanaan cukai menyeluruh yang bakal membebankan rakyat, isu sistem pendidikan yang cacamerba dan membebankan pendidik dan pelbagai lagi. Isu-isu ini seolah-olah cuba disenyapkan dan ditenggelamkan. Sudah pasti setiap daripada rakyat akan terus merasa tertekan dan tertindas hari demi hari terutamanya yang menghuni kawasan-kawasan bandar dan sub bandar.

SG : Disamping kita mendoakan untuk MH370, mari kita sama-sama doakan yang terbaik juga untuk Malaysia agar lebih baik dan mendapat pemimpin yang baik.

No comments:

Post a Comment