Pages

Wednesday, September 4, 2013

Minyak Naik RM 0.20, Orang naik Minyak.

Gambar : RM 0.20

Baru-baru ni negara kita yang aman digemparkan dengan kenaikan harga minyak Petrol RON 95 & Diesel. Malam sebelum harga minyak petrol baru dilaksanakan, penuh setiap stesyen minyak hampir diseluruh negara dengan perlbagai kenderaan untuk menikmati harga lama sebelum harga baru dilaksanakan.
Lebih gempar apabila berlaku insiden kesan daripada kenaikan harga minyak ini. Ada dikalangan pengguna tiba-tiba naik minyak oleh kerana pihak penjual petrol memaklumkan bahawa stok minyak telah habis sebelum mereka sempat mengisi penuh tangki kenderaan mereka.

Di pihak kerajaan pula terutamanya Perdana Menteri setelah mengumumkan kenaikan harga ini, telah memberikan alasannya yang dirasakan rasional dan logik. Lalu terkeluarlah istilah-istilah ekonomi yang mungkin hanya difahami oleh segelintir rakyat. Segelintir lagi hanya mampu menerima keputusan itu dengan 'reda' sekali. Bak kata Ustaz-ustaz UMNO " Balik lah ke rumah, diam dan taat..." lebih kurang begitulah.

Bagi sesetengah dari kalangan mereka yang terlibat dengan politik pula tidak kurangnya 'berterima kasih' kepada semua pengundi Barisan Nasional kerana telah 'merestui' kenaikan harga minyak secara lansungnya selepas PRU-13 pada bulan Mei lepas. Tidak kurang juga bagi yang pro kepada BN mengatakan bahawa kenaikan ini hanya 20sen sahaja bukan banyak pun.

Yang paling akhir sekali mungkin tersenyum ialah para penebar roti canai yang telah menunggu sekian lama untuk menaikkan harga roti canai sekepin mereka selaras dengan kenaikan harga minyak. Dan tidak lupa kepada peniaga-peniaga barangan keperluan harian yang pastinya mereka secara tidak lansung terkesan dengan kenaikan harga minyak ini.

Kesimpulannya syukurlah Malaysia masih aman. Sekain.


SG : saya pun naik minyak jugak sekejap, tapi ye la kan nak buat macamana, tunggu je la lagi 5 tahun untuk 'mereasionalisasikan' kerajaan BN yang sedia ada.

1 comment:

  1. Main games Poker Online di ANAPOKER Sekarang, Hanya dengan modal 10rb Pulsa lho

    Khusus pengguna Tsel & XL, ANAPOKER Menyediakan Layanan 24jam & deposit dengan dana Pulsa

    Dengan Minimal Withdraw 25rb juga lho, Gabung dengan Anapoker. Contact Sekarang
    Whatsapp : 0852 2255 5128
    Line ID : agenS1288
    Telegram : agenS128

    Kunjungi Situs Games Online Uang Asli Terpercaya Lainnya :
    link alternatif sbobet

    sbobet alternatif

    login sbobet

    link sbobet

    sabung ayam online

    adu ayam

    casino online

    poker deposit pulsa

    deposit pulsa poker

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    deposit pulsa

    ReplyDelete