Berita hangit di pagi hari
Pagi ini sempat aku menjenguk internet seperti biasa untuk melihat perkembangn Alam Malaysia setakat hari ini. Web pertama yang menjadi rutin harian untuk aku layari tak lain harakahdaily kemudian baru diikuti tranung dan BHarian(yg hairan). Tak lain isu yang paling hangat setakat ni dah macam nak hangit ialah isu Paklah tak kan bertanding jawatan presiden. Aku tak la berapa nak minat uuntuk ulas bab2 politik ni, lagikan politik malaysia ni. Silap2 ulas, masuk ISA pulak nanti. Ada pihak yang setuju, tak kurang ada yang tak bersetuju dan aku yakin ada juga yang atas pagar dari dulu yang tak nak turun-turun. Tapi yang pastinya kalau baca semua berita tu jadi pening kpala, lagi pening dari blajar subjek fizik ke ataupun bermain sudoku. Tapi itu sebenarnye tak menghalang untuk aku terus ambil tahu perkembangan negara. Al-Fatihah untuk Negaraku yang hampir tahap nazak skarang....Semoga negara dipimpin oleh insan yang benar2 layak.
Pilihanraya Kampus
Dalam sebuk2 baca berita perebutan kuasa dalaman AMno, skarang ni juga sedang berjalan proses PRK(Pilihanraya Kampus) yang dah macam nak tenggelam dah. Syabas untuk mereka yang memerah otak untuk meminda Akta Universiti. Mahasiswa yang sepatutnya menjadi check n balance kepada negara dah jadi tak balance dah. Tak tau la macam mana keadaan negara yang akan datang. Sapa la pelapis yang layak untuk meneraju negara akan datang???ataupun kita akan dijajah semula....???naudzubillah
wallahualam
wallahualam
No comments:
Post a Comment