Setiap kesengsaraan adalah kifarah dari ALLAH
AlhamduliLLAH, puji yang amat tinggi bagi ALLAH. Aku bersyukur kehadratnya ke atas takdir yang diberikan olehnya. Mudah-mudahan ianya satu rahmat kasih darinya untuk menghapuskan dosa2ku yang telah lalu. Ya ALLAH, ampunkanlah dosa2ku yang lampau, ku bersyukur padamu kerana masih memberikan aku peluang untuk taqarrub kepadamu semula.
Parut ke tiga dalam dunia permotoran
Kira2 jam 7.45mlm, aku dengan maqbil terbonceng dibelakang motornya melusuri jalan menggatal untuk menziarahi rumah tebuka sdr. Azman Bacho. Dengan kelajuan sekitar 50-70 km/j kami meluncur terus melalui jalan yang agak suram sambil berbual2 tentang perkara2 yang berkaitan. Sampai di persimpangan Pekan Menggatal, tiba2 mataku terfokus kepada sebuah pacuan empat roda bersaiz ninja king sedang teragak2 hendak masuk simpang pekan dari arah yang bertentangan. tanpa diduga, kereta gergasi itu yang kusangka berhenti di pembahagi jalan bertentangan itu terus melintas dihadapanku dan berhenti tepat didepan motor yang aku tunggang. Apa lagi, "DUMMM!!!!!" satu dentuman bergema dan aku melayang seketika sebarang dua saat. Terus aku gagahkan diri untuk berdiri dan tidak duduk dan mencari2 mana perginya maqbil. Maqbil yang kulihat terkedu bersila seketika dihadapan motornya itu mengadu sesak nafas. Lalu pemandu kereta yang rupanya seorang makcik berusia yang berhenti didepan aku itu terus keluar dan berdialog seperti begini lebih kurang "Alaa, tak nampak saya kereta lalu, jadi saya terus laaa." Maqbil yang dari tadi masih duduk kulihat mengucap berkali2, dan dalam pengamatanku bahawa dia masih terbayangkan kematian yang menimpa Siti Aisyah dan merasakan bahawua giliran dia sejurus malam ini.
Dengan menaiki 'ambulans' kelisa saudara firdaus, aku digegaskan ke hospital likas untuk mendapat rawatan segera. Cerita lanjut di hospital likas boleh rujuk denaigunungku.blogspot.com. Selepas selesai menerima rawatan sempat saudara Nadir Wiwi bergurau denganku dan Maqbil "Bang, sikit lagi nak buat blog untuk abang tadi...". Dari satu sudut pandangan takdak insurans jugak mulut budak ni, tapi dari satu sisi pandangan yang lain mungkin itu satu peringatan untuk kami berdua. Aku imbau kembali, dan inilah kali ke tiga aku kemalangan membabitkan motorsikal dan luka.
Makcik sebagai pringatan dari ALLAH
Sekali aku fikirkan, hendak juga aku berjumpa semula dengan makcik driver tersebut. Bukan untuk memarahinya, namun untuk merasakan bahawa dia sebenarnya adalah seorang makhluq yang ALLAH telah caturkan untuk memberi ujian kepada hambanya iaitu dalam kes ni aku dan Maqbil la, sapa lagi. Tapi berlainan pula dengan Maqbil yang setelah selesai 'Operation' dia seringkali menyebut nama makcik tersebut untuk menegur makcik tersebut. Namun aku menyabarkan dia. Terima Kasih Makcik. "Lepas ni ko boleh repair motor free laa bil" aku berseloroh dengan Maqbil yang sebelum ini menyatakan hasratnya untuk membaiki motor perjuangan kesaayangannya itu. Seringkali aku teringat kata2 Guruku yang dikasihi AlMuallim Abu Abdul Halim dalam kata2nya semasa kami mengaji satu masa dulu yang dipetik daripada kata2 muallimnya "Kullu min habibi khoir" iaitu setiap daripada kekasih(ALLAH) itu adalah untuk kebaikan, yakni merujuk kepada kesengsaraan yang diterima.
Wallahualam.........


No comments:
Post a Comment