Pejam celik, pejam celik usia dah hampir mencecah 25 tahun. Ini secara tak lansung memberi maksud yang aku ni dah masuk 25 tahun hidup kat dunia ni( kalau ikut tarikh miladiyah). 25 tahun satu tempoh yang lama. Kalau ditolak dengan usia akil baligh, 25 - 15 = 10 tahun. Dah 10 tahun aku dok tanggung dosa pahala sendiri. Ya ALLAH, lame dah rupenye. Ntah berape banyak dosa dah aku tanggung, Ya ALLAH ampunkanlah dosa-dosaku yang pernah aku lakukan. Semakin meningkat usia kita semakin banyak ujian yang akan kita lalui. Ujian tu tak berbentuk satu kesusahan semata-mata, ia juga termasuk kesenangan, kelapangan, kemenangan dan lain-lain. Dengan maksud lain, memang segala kehidupan kita di dunia ni lengkap dengan ujian dari ALLAH.
AlhamduliLLAH, sampai juga usiaku untuk melalui Ramadhan kali ini. Ada sahabat-sahabat yang tak sempat nak merebut hikmah Ramadhan segamit usia ngam2 25 tahun(Al-fatihah kepada saudara Azman dan saudara2 Islam yg lain yang tak sempat nak merasa ramadhan pada usia 25 tahun.).
Ramai yang bertanyakan posting2 terbaru, uodated blog dll. Bukan niat untuk meninggalkan terus menulis blog ni. Memang jauh dilubuk hati ini untuk berjinak-jinak dalam bidang penulisan, tapi apakan daya, diri ini belum lagi mampu nak melatih diri untuk konsisten dalam menulis. Bukan sebab tak berbakat, tapi terlalu lama sangat nak mencari konsep dan objektif penulisan. Moga-moga masa2 akan datang ni akan terus meningkat dan improve dalam penulisan. Lagipun dah crowded blog menulis tentang konsep yang sama dan tak da variasi(in my opinion laa).
Last but not least, nak ucapkan salam mahabbah Ramadhan pada semua pengunjung yang dirahmati ALLAH sekalian. Rebutkanlah maghfirah daripada ALLAH sempena bulan Ramadhan ini. Carilah redhaALLAH disegenap ruang masa dan kesempatan yang ada.
Wallahaulam,
No comments:
Post a Comment