Aku terima satu sms dari salah seorang sahabatku dari tanah Semenanjung Malaysia. Hairan sekali kerana jarang untuk dia hantar meseg kepada aku, melainkan ada hal yang penting sahaja. Mesegnya berbunyi "Ust Norul Hadi Telah Kembali kerahmatuLLAH-Al-Fatihah." Termenung seketika....."Zasssss...." sebilah rotan yang berdiameter 1.5 cm 'landing' di betis aku. Kuat atau tidak sehinggakan patah rotan tersebut. "Kenapa kamu semua degil sangat???, jangan anggap PMR dah habis kamu boleh berseronok dan buat bising di asrama.." getus warden tersebut. Kami hanya diam membisu seribu bahasa. Sifat hormat dan rasa bersalah menyelubungi hati kami untuk tidak melawan kata-katanya.
Namun kini ianya tinggal nostalgia dan insan tersebut sudah pergi meniggalkan dunia sementara ini untuk selamanya. Pemergiannya memberi kesan kepada para penagih ilmu yang senantiasa menuntut ilmu daripadanya. Kami maafkan ustaz dan memohon kepada ALLAH supaya roh ustaz dirahmati ALLAH dan amalannya diterima sebagai amalan orang-orang yang soleh.
Perginya seorang ulama bukan satu perkara kematian yang biasa. tapi itulah salah satu tanda bagaimana ALLAH menarik nikmat ilmu secara perlahan daripada manusia dan penghidupannya. Dalam usia yang sangat muda, masih banyak tenaga beliau yang boleh dikerahkan dan disumbangkan. Namun itulah ketentuan ALLAH untuk memberi peringatan kepada manusia supaya senantiasa menghargai ilmu dan menghormati institusi ulama.
Ulama merupakan pewaris kepada para anbiya wal mursalin. Ulama membawa manusia keluar dari kegelapan hidup kepada terang cahaya iman dari suluhan agama Islam. Ulama memainkan peranan penting dalam memobilisasikan masyarakat kepada perubahan. Kekurangan ulama merupakan salah satu titik keruntuhan atau penarikan nikmat yang paling besar oleh ALLAH kepada manusia. Kita haruslah menghargainya dan senantiasa berdoa agar ALLAH mendampingkan kita dengan golongan ulama ini dan para solehin.
Al-fatihah untuk Almarhum Ust. Norul Hadi......
(Bekas Warden aku 1997 - 99)
Benar, perginya seorang ulama umpama hilangnya sinar di bumi. Pergi sukar diganti, apatah lagi di zaman ini..
ReplyDeleteJadi, apa kata abg KY join vanture.. Jadi ulama' gunung.. Peh..
p/s : target ulama' SD; abg Azizi al pondoki, Syeikh Al Hafiz al UKMi..