Pages

Sunday, July 6, 2008

Garam Bukit di Hari Penternak & Peladang Sabah

Baru je lepas angkat Garam Bukit berketul2 banyaknya. Satu ketul purata 3 kilo. Semua skali kena angkat lebih kurang seratus lima puluh ketul. Perghh, ade laa setengah tan kena angkat. Memang sakit pinggang. Tapi sedikit pun tidak meruntunkan semangat kami 'penjual garam bukit' yang setia menuggu gerai booth kami di hari peladang penternak dan nelayan negeri selama 3 hari yang lepas. AlhamdulILLAH banyak la jugak produk terjual. Sudah pasti ada pengalaman lain yang mungkin susah nak diperolehi kalau tak mula berjinak untuk membantu perniagaan ni. Peluang mencari sahabat2 dunia meniaga ni memang terbuka luas. Seronok mendengar pengalaman 'orang lama' meniaga. Banyak asam garam dunia perniagaan yang mereka telah lalui dengan cekal sampai mereka berjaya.
Terkenang sirah agung junjungan mulia yang sejak kecil lagi baginda telah dididik sebagai seorang saudagar. Memang benar la seperti apa yang telah baginda sampaikan yang mengatakan bahawa 9/10 daripada rezki ini adalah daripada perniagaan. Masakan sejarah telah membuktikan bahawa baginda Nabi adalah seorang saudagar yang hebat dan mempunyai pengalaman yang luas disamping sikap mahmudah yang dimilikinya.
Sememangnya kalau dikatakan meniaga itu, pasti ada untungnya. Kehidupan manusia kini semakin pantas dan mendesak. Banyak barang yang diperlukan segera tanpa perlu ambil masa lama untuk hasilkan sesuatu untuk penuhi keperluan mereka. Peluang inilah yang harus diintai oleh segelintir ummat untuk menceburkan diri dalam aktiviti yang dari segi hukumnya sekarang dikatakan Fardhu kifayah (kita buat org lain tak payah-bahasa mudah org kampung).
Situasi terdesak kini memerlukan ramai usahawan muslim lahir dan muncul dengan produk2 pengguna alternatif dalam pasaran barangan keperluan. Setelah munculnya pasaran produk halal kini, ramai pengguna telah mula sedar yang barangan yang mereka guna selama ini adalah tidak jelas dari segi hukum. Tetapi bila mereka mahu mencari barang pengganti, tiada di dalam pasaran.
Mudah-mudah pengalaman yang aku perolehi 3 hari ini dapat memberi satu pengajaran yang berguna dan pencetus semangat untuk lahir dalam pasaran dan muncul dengan produk pengganti untuk ummah kini.
"BERSAMA MEMBANGUN EKONOMI UMMAH"
bila gunung mula nak berniaga.......

No comments:

Post a Comment