Badan masih kepenatan baru balik dari tugas di syarikat masih sempat untuk mengagihkan saki baki tenaga untuk menulis. Alhamdulillah, kesan baik keizinan daripada ALLAH setelah menelan sbijik c-pintrass, masih terasa keaktifannya, malam ni telan lagi sebijik(kalau nak dapatkan c-pintrass bolehlaa beli di Aslam Niaga, sempat lagi promo).
Lepas solat maghrib nanti kena jalan dah. Ada jemputan untuk majlis jamuan. Memang pantang kalau ade makan free ni. Bukan ape, tak sempat nak masak kat rumah, lagipun nak kurangkan makan kat kedai juga, yelaa bak kata pimpinan 'yang disegani', "Ubah cara hidup"....(walaupun depa tak berubah pun).
Malam ni bukan jamuan biasa. Satu kehilangan akan tercatat bulan JUN ni. Salah sorang pekerja komited dakwah Negeri bawah Bayu ini akan pulang ke Kampung lamannya, setelah sekian lama memohon untuk ditukarkan ke tempat asal. Beliau tidak lain U. Abdullah DIn. Sudah semestinya kehilangannya terasa amat sangat di kawasan pantai barat ini khasnya. Beliau merupakan daie yg paling komited dalam mengenali Agama kristian ini tidak lain untuk memperkukuhkan lagi aqidah umat Islam dengan penyelewengan yg dilakukan oleh Kristian.
Amat sinonim dengan gerakan pelajar dan kursus pengukuhan aqidah. Banyak membongkar kes2 murtad diperingkat sekolah mahupun Universiti. "susah kalau ustz dah takda nanti, ana rase dah takde org boleh ganti die, kalaula ana boleh follow dia...." getus salah sorg sahabat yang sedih dengan kehilangannya.
Perginya seorang daie umpama ditarik satu nikmat daripada ALLAH. Sukar untuk mencari pengganti. Tapi yang pasti perjuangan menegakkan aqidah itu harus diteruskan oleh penyambung mata rantainya. Cuma mungkin kualitinya tak seperti seorg daie yang hilang itu.......
wallahualam....
Bila gunung berbicara.....
No comments:
Post a Comment