Pages

Friday, June 13, 2008

Gerhana di Bulan Ogos

"Adakah kamu menyangka kamu telah beriman?sedangkan kamu belum diuji...."

(Al-Ankabut, Ayat:2)



Jam dinding menunjukkan waktu 9.00pagi, tiba-tiba satu meseg ku terima yang terpapar atas screen L72 ku nama En. Jainurin. Terus berlegar di kotak pemikiranku yang aku akan di observe olehnya sepanjang sesi Latihan Industriku di Syarikat sekarang. Ah sudah, buku logku belum satu perkataan pun aku tulis. Lalu dengan pantas aku terus membuka meseg tersebut dan mebacanya dengan tenang. Ternyata sasaranku melesat. Yang pastinya ianya juga satu meseg yg begitu mendebarkan hatiku juga. "ni incik jainurin, boleh tak call saya sekarang, urgent!!ini urusan graduasi kamu." Ah sudah, sudah ku duga, selama ini gambaran yang terfikir olek benak akalku akhirnya menjadi realiti. Terdapat sedikit kesilapan teknikal yang menjerat aku yang membuatkan diriku tak menentu.



Fikiranku melayang sejenak. Banyak yang aku fikirkan. Bagaimana kalau aku tak boleh nak konvo bulan ogos ni???apa aku nak cakap pada mak aku???dia dah beli tiket kah??boleh kah aku buat apa yang patut untuk aku konvo tahun ni jugak???hish, pening jugak kepala sekejap hanya untuk 'brainstorm' benda-benda ni. Akhir sekali aku ambil keputusan untuk simpan dulu perkara ni dan esok baru aku fikirkan semula dan buat tindakan yang patut.



Hari kedua setelah mendapat berita itu, aku terus bersemangat awal pagi lagi pergi ke pejabat untuk uruskan hal pejabat apa yang patut dan kemudian terus aku berangkat pergi berjumpa dengan en. jai. Harapanku besar, mindaku berbicara positif yang akan ada sinar harapan serah bagiku untuk meneruskan hajatku untuk menyinar di bulan ogos ini bak bulan purnama penuh di pertengahan bulan hijriah. Pertemuan pertama ku dengan en. jai ternyata menggugat fikiran positifku apabila dia mengatakan yang dia tidak mampu untuk berbuat apa2 kerana masalah ini hanya boleh diselesaikan oleh pihak yang lain kerana ianya tiada kaitan dengan sekolah.



Terus dengan semangat dan penuh pengharapan, aku pergi berjumpa dengan pensyarah bagi subjek yang aku ambil semester lepas. Cadangan en. jai supaya aku terus berjumpa dengan TImb. Dekan Akademik, tapi rezkiku tiada apabila pintu biliknya terkunci dan ternyata dia tiada di dalam. Terus aku berjumpa dengan pensyarah subjek bermasalahku itu dan bercerita kepadanya hal yang terjadi. Panjang perbincangan kami dan ternyata kesimpulan akhirnya adalah seperti yang ku jangka bahawa semester akhirku masih berbaki merujuk kepada cadangan yang dilontarnya dan dia berbesar hati untuk membantuku jika aku mahu meneruskan cadangannya.



Akhirnya aku pulang dengan membonceng motorku dalam keadaan benak pemikiranku sarat dengan perancangan dan penyelarasan atau penstruturan semula hidupku untuk hari-hari mendatang ini. AKu pasrah dengan segalanya. Namun sahabat2ku masih memberikan sinar peluang dan harapan agar cahaya purnama dapat bersinar di bulan ogos tapi bertentang dengan pemikiranku bahawa ogos itu bagiku bakal gerhana........





Jangan sekali salahkan Robb


Sedangkan kita sering berhajat padaNYA

Yakinlah kita yang DIA sebenarnya

Hendak cuba Uji kita, agar kita akhirnya taqarrub padaNYA

Mungkin Gerhana Hanya dibulan Ogos

Tetapi cahaya mentari itu

Akan bersinar kembali setelah lalui malam yang gulita......

dan yang paling penting, jangan putus harap padanya,

ALLAH lah penentu segalanya setelah kita berusaha.......









Bila gunung bersuara..........

No comments:

Post a Comment