Bila tiba masa untuk menyambut peristiwa besar dalam Islam iaitu Isra' dan Mi'raj pasti sinonim dengan ibadah soat fardhu 5 waktu. Setiap pelosok tempat mungkin di seluruh Negara pasti akan berceritakan tentang sejarah perjalanan baginda Nabi dan perintah solat. Ada yang kelainan sedikit ialah tentang keimanan sahabat besar sebagaimana kepercayaan Abu Bakar Assiddiq tentang berita Isra' baginda nabi.
Mungkin semenjak beberapa tahun ini ada satu cerita yang sepatutnya diselitkan yang sepatutnya bagi impak besar kepada imej dan maruah umat Islam di seluruh dunia. Cerita ini ada kaitannya dengan peristiwa besar tersebut. Sebuah tempat yang disebut ALLAH dalam al-quran yang kini dirampas dan cuba diperkosa oleh pengganas utama dunia. Tempat itu adalah baitul maqdis atau al-aqsa. Palestin yang telah lama dirampas tanahnya, diusir penduduk asalnya dan yang paling zalim dihapus dengan cara dibunuh secara beramai-ramai oleh puak-puak jahanam zionis israel laknatuLLAH.
Mari kita semarakkan lagi sambutan Isra' dan Mi'raj ini dengan mengambil tahu, bantu dan mendoakan saudara kita di Palestin yang sedang berjihad untuk mempertahankan tanah 'KITA', tanah umat Islam seluruhnya dari di'rogol' dan rampas dengan zalim sekali.
SG : Ya ALLAH, bantulah saudara kami di Palestin, Ya ALLAH, hancurkan zionis laknatuLLAH..... amiiinnnnn....
No comments:
Post a Comment