Pages

Thursday, June 23, 2011

Black Out di Kimanis

Kelmarin semasa tengah melawat sorang sahabat di Kimanis, singgah berhenti makan malam kat sebuah warung siring jalan. Tengah mengorder makanan tiba-tiba kami bergelap dalam masa lebih kurang 1 minit. Tergamam sekejap. Lepas tu baru la terang semula. Rupa-rupanya black out(bahase orang negori) ataupun ganguan eletrik.

Habis semua lampu jalan terpadam dan kawasan sekeliling bergelap yang hanya bercahayakan bulan separuh penuh. Sempat bertanye makcik tokey kedai kat situ yang rupe-rupenye dah lame hal ini terjadi kat kampung situ. Jelas makcik tu lagi semenjak projek pembinaan loji petroleum dan gas asli di Kimanis bermula lagi.

Memang patutla kerajaan nak naikkan tarif eletrik pun. Dah la bagi eletrik pun sikit-sikit. Siap kena catu-catu lagi. Tarif  eletrik naik, kualiti tak la pulak naik. Rosak la bisness orang kampung yang berasaskan eletrik. 


SG : KRONI DIUTAMAKAN, RAKYAT DI'DAHULU-KALAKAN' (ye laaa, dahulu kala mane pakai lampu kalimantang kan.)

No comments:

Post a Comment