Eiduladha baru saja melepaskan tirainya. Namun hakikatnya disebalik perayaan meriah yang disambut oleh muslim seluruh dunia itu bukan sekadar perayaan. Di sebalik perayaan itu terkandung beribu pengajaran dan teladan yang harus diikuti oleh kita. Peristiwa besar di sebalik eiduladha itu merupakan sebuah ceritera yang hebat tentang pengorbanan.
Firman ALLAH :
"Maka tatkala anak itu sampai (kepada peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: ``Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu: Maka fikirkanlah apa pendapatmu!'' Anaknya menjawab: ``Wahai bapaku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu: Insya-Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.''

``Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah (Kami sifatkan Ibrahim - dengan kesungguhan azamnya itu - telah menjalankan perintah Kami). Serta kami menyerunya ``wahai Ibrahim!'' Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu!'' Demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata; dan kami telah tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar.''
(Surah as-Saffat ayat 102-107)
Besar taraf pengorbanan nabi Ibrahim yang teguh aqidahnya kepada ALLAH dan cintanya hanya pada ALLAH. Selain dari ALLAH adalah tempat yang kedua.
Marilah kita sama-sama hayati teladan yang telah ditonjolkan, praktikkan bukan sekadar diteorikan atau dijadikan satu retorik.
Gambar sekadar Hiasan
No comments:
Post a Comment