Tidak terlambat untuk saya mengucapkan salam Ramadhan 1431 Hijriah kepada semua umat Islam khususnya di Malaysia.
Tiba bulan Ramadhan memberi pelbagai rahmat kepada seluruh alam. Khususnya sekalian manusia. Umat Islam khasnya, rahmat ALLAH itu turun dalam pelbagai bentuk. Paling utamanya ialah ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan lain jika kita mengerjakan apa jua ibadah yang berpaksikan kepada menyembah ALLAH yan Esa. Rahmat zahir juga jelas nyata terutama nya dari sudut kesihatan, kemudahan hidup dan keuntungan berlipat ganda bagi peniaga.
Sedar ataupun tidak, berpuasa ini adalah untuk menguji keikhlasan kita kepada ALLAH. Kita boleh saja tidak makan dan tidak minum di hadapan rakan kita atau orang ramai, akan tetapi dibelakang siapa yang tahu. Di sini lah bezanya keimanan. Jika kita merasa walaupun orang tidak nampak kita makan, akan tetapi kita yakin ALLAH itu ada di mana-mana untuk melihat perbuatan hambanya.
Marilah kita sama-sama ambil peluang di bulan yang mulia ini untuk kita lipat gandakan amal ibadah kita kepada ALLAH. Jangan lupa untuk sucikan harta kita dengan berzakat. Ingatlah dalam semua harta kita itu bukan semuanya milik kita. Yang jelas menjadi milik kita adalah wang atau harta yang kita sedekahkan atau kita zakatkan kerana ALLAH.
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN 1431H
No comments:
Post a Comment