Pages

Thursday, February 25, 2010

Taaruf,Tafahum & Takaful

Terlintas di benak fikiran untuk sekali sekala nak bawa adik2 JATA untuk melepaskan tekanan perasaan dengan melempar biji-biji bola yang seberat 1-3 kilo. Terus aku ambil keputusan untuk ajak semua adik2 JATA yang jante saja untuk sama2 buat usrah di 1Borneo. Satu-satunya usrah yang mendapat kehadiran paling ramai(minat games budak2 ni).

 
Keseronokan tergambar diwajah masing-masing.

  
Bersedia untuk melempar bowling.

  
Ada yang sudah pakar rupanya.(Bakat terpendam)

Kemurnian tarbiah itu asasnya bermula dengan ikatan. Ikatan itu paling kuat ialah ikatan hati. Ikatan penting untuk kemandirian kerja-kerja Islam. Sebab itu asas kepada perjuangan Islam adalah kekuatan Jamaah. Jamaah yang utuh adalah apabila setiap ahli dikalangannya mempunyai ikatan hati yang kuat. Itulah dinamakan ikatan UKHUWAH.
Sebab itu kenapa dalam arkan Usrah ada tiga. Taaruf, Tafahum & Takaful. Ketiga-tiga ini tidak lain untuk mengikat seterusnya mengukuhkan ikatan hati para pendokong perjuangan Islam. Usrah nadi penting kepada jemaah yang besar walaupun unitnya hanya kecil. Naqib berperanan sebagai pelaksana ketiga-tiga rukun tersebut. Aplikasinya adalah berterusan. Biar perlaksanaannya kecil tapi pasti kesannya besar. Macamana tidak timbul masalah hati kalau kita tidak cuba bertafahum. Bagaimana kita nak kekalkan adik beradik usrah kita kalau kita tidak cuba untuk takaful mereka tika dalam kebuntuan.


 
Perbincangan akan menghasilkan takaful - Gambar sekadar hiasan.
Semoga kekuatan unit-unit kecil ini akan kekal berterusan dan akan memberi sumbangan yang besar kepada Islam pada masa akan datang.

2 comments:

  1. Salam...Tahniah buat geng usrah JATA Min. Len kali bleh lawan geng Min JATA vs geng Mat JATA. Tapi, dengan syarat Mas'ul JATA ler kena belanja kami:=)..Semoga terus istiqomah di jalan yang benar walau banyak cobaan yang datang semasa berada dalam usia JATA ni.

    ReplyDelete
  2. Ok baa acik's
    nanti kita setup

    ReplyDelete