Setibanya di Sandakan, Sabah, aku terus ambil kesempatan untuk ziarah salah seorang sahabat rapat. Beliau merupakan salah seorang petugas sepenuh masa jemaah di kawasan Sandakan. Terlibat dalam satu kemalangan antara motorsikal dan sebuah lori tangki. Akibat kemalangan tersebut beliau terpaksa menanggung penderitaan patah tulang paha.Sekarang beliau terpaksa berehat dan menjalani phisiotraphy selama lebih 3 bulan.
Peristiwa berlaku ketika beliau sedang menjalankan amanah jemaah dan dalam perjalanan untuk menyelesaikan tugasan. Terasa jauh level aku dengan sahabat aku sorang ni. Kuat bekerja untuk Islam sampai kemalangan pun dalam masa buat kerja jemaah. Ini lah kriteria mati syahid yang diidamkan oleh para pendokong gerakan Islam, walaupun beliau hanya sipi-sipi sahaja. Semoga beliau terus diteguhkan imannya lepas terima ujian dari ALLAH ni.
Penulis sempat bergambar dengan Sdr. Mustaman.
Tulang Paha kanan beliau disokong oleh besi.
Hanya mampu termenung.
Sentiasa risaukan tugas yang banyak terbengkalai di pejabat.
Sentiasa risaukan tugas yang banyak terbengkalai di pejabat.
Ibu Mustaman yang tabah dan cekal menjaga beliau.
Ibunya lah juga ayah(telah kembali ke RahmatuLLAH).
Semoga sdr. Mustaman cepat sembuh dan boleh kembali menyumbangkan tenaga untuk perkembangan Islam di bumi Sandakan. InsyALLAH....amin....
Hidup Mulia atau Mati Syahid.....



ujian yang Allah berikan tanda kasih pada hambaNya..biarlah sakit yang dirasa menjadi penawar dosa.. semoga saudara mustaman cepat sembuh dan dapat meneruskan kerja dan perjuangan yang tertunda
ReplyDeleteAminnn....
ReplyDelete