Pages

Thursday, January 22, 2009

Syirik di Tahun Baru.............

Baru-baru kejap tadi, masa tengah lunch dengan kawan, sempat tengok
sekejap topik perbincangan bagi salah sebuah segmen rancangan TV 3.
Topik lebih berkisar tentang Feng Shui dalam perhubungan. Bila sekali
imbas memang macam tak da apa2. Bila di amati dengan teliti, topik
berkenaan ialah berkisar tentang kepercayaan kaum cina dalam segenap
aspek kehidupan. Kepercayaan mereka tu termasuk dari sudut pemilihan
warna, tahun kelahiran, bulan kelahiran dan perkara-perkara lain yang
boleh mendatangkan mudharat bagi pandangan mereka. Sebagai contoh
seperti yang dikupaskan tentang tahun-tahun yang diklasifikasikan oleh
kaum cina seperti tahun Lembu, Tikus, Ular dan lain2 lagi.

Saya tidak berniat untuk mempersoalkan kepercayaan mereka lansung. Itu
adalah hak mereka dan mereka bebas untuk mempercayai apa sahaja selain
usaha kita untuk memperkenalkan ajaran tauhid kepada mereka. Apa yang
menjadi sedih apabila ramai dikalangan pemanggil bagi segmen tersebut
adalah dikalangan bangsa melayu dan Islam. Mereka bertanyakan tentang
feng shui mereka. Ada sesetengah yang meminta nasihat untuk lakukan
sesuatu berdasarkan fengsui tersebut. Hal ini jelas akan memudharatkan
aqidah. Akan berlaku penghakisan aqidah secara tidak lansung sedikit
demi sedikit.

Kebergantungan kepada selain ALLAH dalam segala urusan harian akan
memberikan impak penyakit yang besar kepada pegangan kita sebagai orang
Muslim. Takut, harap, rujuk dan niat kita akan lebih menjurus kepada
panduan selain daripada ALLAH.

Saya kupaskan pandangan ini dari sudut pandangan sebagai seoragn muslim
yang biasa. Bukan pandangan seorang ulama atau ustaz.

No comments:

Post a Comment