Pages

Wednesday, January 21, 2009

Palestin,Kuala Terengganu dan......Sabah???

Dalam kerancakan berdiskusi bersama orang sahabat kelmarin, sempat salah seorang daripada kami membuka perbualannya dengan topik yang masih hangat diperkatakan. Topik tu tak lain tentang kemenangan Parti Islam di Kuala Terengganu. Walaupun ianya dikatakan membawa mesej Pakatan Rakyat, namun jelas dari sudut perlawanannya ialah antara Komponen Kerajaan dan juga Parti Islam itu sendiri. Dari sana kita boleh lihat dengan jelas mesej2 yang disampaikan oleh Parti tersebut tidak lain untuk meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Yang menjadikan pihak lawan parti itu runsing ialah sokongan dikalangan bukan Islam terhadap Parti Islam. Walhal jelas kita maklum sebelum bahkan sepanjang tempoh berkempen, golongan bukan Islam ini ditakut-takutkan dengan hukum2 Islam yang ingin dibawa oleh Parti Islam tersebut. Namun mereka tidak endahkan dan terus menyelimuti tubuh2 mereka dengan bendera dan lambang2 dari Parti Islam tanpa merasa segan ataupun bimbang.

Kita pergi jauh sedikit ke wilayah yang sedang hangat bergolak selatan Palestin iaitu wilayah Gaza. Sebelum terjadinya pergolakan hebat antara puak penceroboh dan pendatang HARAM zionis Israel di palestin, salah satu Parti Islam yang menggelarkan diri mereka HAMAS telah menang dengan majoriti besar sekali dalam pilihanraya di palestin. Walhal sudah sedia maklum bahawa mesej yang mereka sampaikan itu cukup mengerikan dan membimbangkan rakyat. Antara salah satu menifestonya ialah tidak mengiktiraf Negara HARAM Israel disamping membawa mesej Islam. Majoriti rakyat menyokongnya termasuk yang bukan Islam. Prinsip yang jelas dan sikap bertegas mereka telah meletakkan mereka pada tahap yang dikehendaki ALLAH. Sehingga kini.

Kita pulang semula ke Malaysia Timur di kepualauan Borneo. Walaupun majoritinya penduduk di Bawah bayu ini adalah muslim, namun masih tidak jelas praktikalnya terhadap Islam lagikan jauh untuk menyokong Islam. Sensiviti yang kurang ini harus diambil sebagai satu galas beban untuk terus bekerja dalam segenap ruang untuk mengembalikan Islam pada tempatnya di Sabah ini. Walaupun berjiran hampir dengan wilayah2 yang kuat memperjuangkan Aqidah(cth.: Kepulauan Sulu, Maluku dan Kalimantan) namun semacam roh dan semangat itu tidak terkesan dengan Islamnya penduduk di Sabah ini termasuk sekali pendokongnya. Perkara ini harus diperhati dan paling penting perlua ada tindakan daripada semua pihak yang mendokong Islam.

Wallahualam.

3 comments:

  1. salam.
    bagi aku sebenarnya org diluar sabah (baca:pemimpin PAS pusat) kurang faham ttg situasi sabah dari sudut yg mikro. mungkin dari pandangan kasarnya mereka menganggap Islam ini sebagai agama majoriti pnduduk sabah dan peluang utk meterjemah islam dalam bentuk politik itu cerah.
    yang berada di sabah, khususnya antum, sesungguhnya percaya bahawa proses penjernihan akidah ini adalah perkara utama sebelum soal politik Islam itu dicambah di bumi sabah.
    org diluar sabah gagal utk memahami bahawa pembudayaan agama di antara wilayah semenanjung dan sabah atau sarwak umpama langit dan bumi.
    penerimaan Islam di semenanjung bermula pada kurun ke-14, sedangkan Islam hanya mula tersebar di wilayah sabah sekitar awal abad 20. jarak masa yg besar ini, membentuk sosio-budaya yg jauh berbeza terutama dalam soal Islam sebagai cara hidup.
    jadi aku tengok, apa yg perlu dilakukan di sabah ini, adalah pendekatan pemurnian akidah dan pemahaman ttg asas Islami harus dberi tumpuan walaupun pada masa sama tidak mngenepikan siasah sbg wadah perjuangan.

    ReplyDelete
  2. Sy setuju dengan beberapa pandangan Gopenghegen. Tapi ada beberapa fakta yang harus diperbetulkan. Contohnya tentang kedatangan Islam. Ada beberapa bukti yang menyatakan bahawa Hukum Hudud pernah dilaksanakan di Sabah satu masa dahulu. Selain itu sejarah kesultanan Sulu yang pernah mengasai Sabah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih Sv,saya tertarik dgn fakta baru mengenai hudud. boleh saya dptkan mklumat tersebut, utk kajian.
    benar, sbahagian sabah pernah dikuasai oleh kesultanan sulu dan juga brunei, dua buah negara kesultanan Islam. tpi pembudayaan Islam itu, terutama dikalangan penduduk tempatan tidak meluas. Islam masuk melalui penghijrahan suku kaum dari selatan filipina dan juga indonesia, maksudnya sepanjang pengetahuan saya, tidak ada usaha dakwah secara lngsung di bumi sabah ini. sekian, mohon diperbetulkan kenyataan ini jika tersilap. terima kasih

    ReplyDelete