Walaupun berada jauh diseberang laut, tak bermakna tak 'cakna' pada perkembangan yang berlaku dalam negara. Baru-baru ni Kuala Terengganu gempar dengan pemergian Wakil Rakyatnya ALLAHyarham Dato' Razali Ismail yang merupakan ahli parlimen Kuala Terengganu (KT). Pertandingan yang lepas menunnjukkan persaingan sengit antara Bekas calon dan ahli parlimen Mat Sabu. Tidak ketinggalan juga seluruh negara menumpu kepada seorang calon paling tua yang bertanding atas tiket bebas iaitu nek mun.
Jelas pertandingan kali ini tidak lain untuk melihat sejauh mana kekuatan antara 2 Pakatan. Dalam pilihanraya lepas walaupun Terengganu tidak jatuh kembali ketangan PAS, tapi terang-terangan rakyat telah menolak kerajaan yang ada sekarang dengan memberi mandat kepada lawan kerajaan untuk memerintah di 4 buah negeri dan kekalkan negeri kelantan dibawah PAS.
Belum pun apa-apa, surat khabar suara rasmi kerajaan telah awal melagakan antara Parti Keadilan dan PAS dengan menyatakan PKR juga nak bertanding di KT. Sebaliknya tidak berlaku lansung pertembungan. Jelas itu semua adalah propaganda lapuk pihak BN untuk pra kempen Pilihan Raya kecil akan datang.
Belum pun apa-apa, surat khabar suara rasmi kerajaan telah awal melagakan antara Parti Keadilan dan PAS dengan menyatakan PKR juga nak bertanding di KT. Sebaliknya tidak berlaku lansung pertembungan. Jelas itu semua adalah propaganda lapuk pihak BN untuk pra kempen Pilihan Raya kecil akan datang.
Kita tunggu dan lihat. Mungkin PR kecil KT ini adalah pertembungan kedua terbesar selepas PR Kecil Permatang Pauh yang lepas. Dalam keadaan AMnO yang sedang bergolak skarang(Rujuk Media Massa), pastinya persaingan sengit antara parti yang memerintah dan bakal memerintah ini menjadi medan tumpuan umum akan datang. Kita tunggu dan lihat apakah strategi AMnO untuk hadapi PR Kecil ini nanti.
Tidak lupa kepada ALLAHyarham Mantan YB KT, AL-fatihah untuk beliau. Walaupun beliau berada di pihak lawan, namun beliau masih umat Islam. Kita doakan bersama agar roh beliau ditempatkan di kalangan orang yang boleh mendapat syurga ALLAH. dan kita sama-sama doakan juga agar ALLAH memberikan hidayah dan petunjuk kepada kaum kerabat terdekatnya untuk menerima Islam secara keseluruhan dan mana tahu salah seorang dari kalangan mereka akan jadi pendokong.
Bukan niatku nak analisis politik
Tidak juga untuk jadikan ianya satu taktik
Tapi ku suka tulis perkara yang menarik
Walaupun tulisanku tak berapa nak cantik
Tapi kalau boleh dibaca dan difaham pun dah cukup molek
Daripada berceramah terpekik-pekik
Tapi satu isi pun tak boleh nak ambik
Barulah lepas tu masing-masing rasa lembik
Putus asa dengan perjuangan yang kekadang turun kekadang naik
Biarlah sumbangan kita tak sampai se'supik'
Yang penting ada sesuatu untuk dibawa balik
Menuju ke suatu tempat yang baunya lebih harum dari anggerik.........
wallahualam
Riverside Plaza
5.00p.m
2/12/2008
No comments:
Post a Comment