Tengah2 berYM petang2 yang harmoni, tetibe dapat satu tagged daripada c fiey. Soalan bahasa org puteh. Lebih kurang begini :
You have to list 7 weird
things about yourself, post it in your blog, tag at least 7 people
(list their names), and comment on their blog to let them know that you
just tagged them.
Oleh itu, nak tak nak, terpaksalah melayan karenah soalan yang dimintak.
Pelik???
Soalan pun pelik
Tapi kekadang tertarik
Sampai rasa nak tanya balik
Adakah aku diperkotak-katik
Takpa, kucuba jawab soalan ni secara baik dan cantik
Untuk tatapan semua yang pergi dan balik
Supaya nanti taklah maklumat aku dikorek...
1. Ape ye yang nak dipelikkan???takde idea la pulak. Hah! aku ni suka pakai selipar jepun. Walaupun nak ke majlis rasmi...tapi tak jadi pakai pun. Sebab member tegur. Dia kata "cam pelik je ko ni".
2. Kalau pi makan kat restoran, aku akan order yang pelik2. Contoh : nasi goreng kungfu, kuew teaw goreng sup dan lain2. Lepas tu member sume pandang kat aku. "Apsal plak??" aku bersuara. "ko ni pelik la" member aku jawab balik.
3. Time bawak motor, kalau ada urusan aku suka bawa lambat-lambat. Tapi bila tak dak urusan aku suka bawa motor laju2. (anggap jelaa pelik).
4. Bila cuti raya aku tak balik ke kampung. Tapi bila tak raya baru aku balik. Lepas tu balik kampung setahun skali plak tu(bukan cuti mana2 perayaan pun). Member2 selalu sound "ko ni pelik laa".
5. Aku suka dengar lagu2 underground n metal. Malah pernah dulu aku kumpul kaset2 lagu kumpulan2 metal 'head banging' baaeekk punya. Tapi sekali aku hafal habis lirik lagu jiwang kumpulan nasyid DeVotes. Terus menggaruk kepala member2 se'metal' aku. (sekali sekala kena layan lagu jiwang jugak beb...).
6. Aku kalau pegang alat2 muzik walaupun first time memang boleh main punya(insyALLAH). Memember suma pelik. Sebab diorang ada yang dah bertahun2 bukan pegang tapi siap masuk kelas tuisyen musik lagi pun masih bengap nak main alat musik.(Orang2 tue kate aku ni keturunan ahli musik, habislah kena tolak pinangan bagi bakal2 mak mertua yang nak keturunan lawyer, dr dan mejistret).
7. Hah!!! yang last skali ni aku pun pelik. Camna laa aku boleh pulak gi layan tagg ni??? Tapi pelik tak pelik pun kire ok laa. Takkan nak serious jek hari2. Mati kutu la plak hidup tak diselangi gelak tawa. Jangan lebih-lebih dah le.
Oleh kerana ade pesanan untuk men'tagged' orang lain. Jadi aku pun terpaksalah pilih. Nasiblaa sape2 yang ade blog.HA!HA!HA!HARR!(cam nada org jahat ketawa).
Berikut senarai blogger2 yang bertuah ;
1. Maqbil de bonzerota
2. CD (bukan cd lagu)
3. Adik Wiwi ku yang nakal
4. Mimie lah
5. mmmm....sape lagi??? hah!! Zhafran yang MANTOP
6. Try tengok zulhilmi skali....
7. Last but not least...cik gurun coklat (rajin sangat melawat blog)
ok, silalah pada semua yang dah kena tagged. Rajin2 laa membalas ye.
No comments:
Post a Comment