Ibrahim Adham pernah bicara tentang hati seorang abid. Hati merupakan anggota yang penting bagi manusia. Ianya boleh dikatakan sebagai 'Raja' kepada seluruh anggota tubuh manusia. Sabda Nabi sallallahualaihiwasallam dalam hadith yang diriwayatkan dalam kitab matan arbain yang bermaksud,
"...Dalam diri manusia ada seketul daging, apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan dan apabila ia baik maka baiklah seluruh badan, dan daging itu adalah hati."
Hati merupakan elemen yang paling sukar untuk dipelihara. Jika kita tersalah dari segi perbatan fizikal, ianya masih boleh dilihat dan ditegur oleh sesiapa sahaja yang bisa melihat. Akan tetapi bagamana jika hati yang melakukan kesilapan???ataupun tersesat???ataupun hilang dari petunjuk kebenaran???masakan ada lagu yang pernah dikumandangkan dalam satu petikan lirik mereka "...di hati ini hanya tuhan yang tahu....". Tiada siapa yang dapat meramal apakah yang sedang difikirkan oleh seseorang melainkan diri mereka sendiri dan ALLAH yang Maha Mengetahui.
Dari hati turun ke hati
Pernahkah apabila kita berbicara dengan seseorang, kekadang kita dapat rasakan sesuatu yang menyentuh hati kita dan akur dengan apa yang diperkatakan. Dan bila kita berbicara dengan seseorang yang lain kekadang kita tidak dapat merasakan sesuatu dah merasa resah bila berada bersama mereka. Hal ini tidak lain antara faktornya adalah 'connection' di antara hati kita dengan hati orang yang berbicara bersama kita. Orang yang berbicara melalui hati akan ada satu connection yang kuat terhasil daripada bibit-bibit perkataan yang keluar dari mulut mereka.
Oleh kerana itu wujud istilah 'cinta itu buta' kerana orang buta tidak akan nampak apa yang orang lain kata tetapi mereka boleh dengar melalui telinga dan ianya terus jatuh ke hati. Dan sebab itu antara lain mengapa tiada istilah 'cinta itu pekak' atau 'cinta itu bisu'.
Jadi bercakaplah dengan hati yang telus dan jujur nescaya ia akan memberi kesan yang mendalam ke dalam jiwa berbanding bercakap bohong dan tidak jujur.
No comments:
Post a Comment