Pages

Wednesday, October 5, 2011

Bajet!Bajet!Bajet!.... Projek!Projek!Projek!

Hari jumaat ni hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tak kira lah yang duduk kat kampung, yang duduk kat laut, kat hutan, kat bandar semuanya pasti bertumpu dengan hari Jumaat ni. Tak lain sebab hari Jumaat ni lah hari mana PM kita bentang bajet 2012. Yang paling terliur nak dengar bajet ni tak lain yang keroje gomen la. Pasti ada satu perenggan dalam pembentangan bajet nanti khas untuk golongan-golongan ini macam tahun-tahun yang sebelum ni.

Ada satu kelompok lagi yang sentiasa ternanti-nantikan pembentangan bajet minggu ni. Tak lain golongan kontraktur yang digelarkan umpama itik serati oleh salah sorang sahabat saya yang tinggal di pendalaman Sabah. Sebab dia kata begitu ada sebabnya. Katanya lagi "kalau nak tau golongan kontraktor BN, ni hari-hari dok bising tunggu projek!projek!projek!. Cuba dengar itik serati dalam reban, mesti dengar dia sebut perkataan yang sama. Projek!projek!projek!......Projek!projek!...." tergelak-gelak aku dengar sahabat ni bercerita dengan gaya yang penuh semangat.

Kejar projek tak salah. Nak rebut tender tak salah. Yang salahnya RASUAH!!!. Macam-macam istilah yang dah digunakan untuk elak guna perkataan rasuah. yang pastinya isinya sama. Pusing-pusing rasuah juga. Memetik laporan SPRM tahun 2010 yang menyatakan Malaysia telah kerugian sebanyak RM 10Bilion setahun gara-gara gejala rasuah yang diamalkan dalam negara kita. WOW!!! 10bilion. Sorang kawan saya kira-kira kasar, dengan RM3bilion daripada RM10bilion tersebut, boleh menggajikan 13,000 orang guru yang sedang menganggur sekarang ni sebagaimana yang diwar-warkan dalam akhbar tempatan. Hebat tak hebatlah kesan Rasuah ni.

Harapnye bukan sekadar slogan politik yang diucapkan untuk tangani rasuah, tapi kesungguhan dan tindakan yang ikhlas dilakukan. Kalau tak mampu buat biar pihak lain yang ganti mentadbir negara dan bukan BN lagi.

SG: Pernah la jugak merasa dibelanja kontraktor satu masa dulu(bukan sebab projek ye).......

No comments:

Post a Comment