Pages

Monday, July 18, 2011

Pemergian Yang Dirasai


Kelmarin 2 kali saya menerima sms tentang pemergian seorang tokoh kepimpinan PAS Pusat. Satu berita diterima pada waktu petang sekitar jam 5ptg dan satu lagi sekitar jam 11mlm. Berita pertama yang diterima ternyata satu berita palsu dan khabar angin. Tetapi kali kedua mendapat berita yang sama terus saya rujuk ke Portal rasmi PAS Pusat iaitu Harakahdaily dan ternyata berita kedua itu adalah benar.


PAS telah kehilangan seorang pemimpin yang komited dengan tugasnya selaku Yang Berhormat dan juga Jawatankuasa yang tabah melaksanakan tugasannya walaupun banyak cabaran dan kesusahan yang dihadapi. Sosok peribadi beliau bukan sahaja dikagumi kerana pangkat dan jawatan malah lebih dari itu beliau adalah seorang Muslimat. Ternyata berita pemergian beliau itu telah memberi kesan dalam hati setiap individu yang berjuang Islam. Semoga Roh nya ditempatkan dikalangan para pejuang agama ALLAH.

Alfatihah buat Almarhumah YB Dr. Lo'lo' atas pemergian beliau.




SG : Setiap yang bernyawa pasti akan dijemput bertemu ALLAH... Daripada ALLAH kita datang dan kepadaNYA kita akan kembali......

No comments:

Post a Comment