Setiba di IPD terdapat berita yang kurang enak didengar. Sahabat yang ditahan itu yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan telah dipaksa untuk memakai pakaian banduan padahal belum ada apa-apa pertuduhan lansung lagi. Hal ini telah menampakkan layanan pihak penguasa Polis terhadap aktivis demokrasi seolah-olah lebih teruk daripada penjenayah besar di Malaysia ini.
Isnin lepas 2 orang sahabat saya iaitu Sdr. Lahirul dan Sdr. Mustaman telah ditahan selama 24 jam di Balai Polis akibat memakai baju bersih dan dituduh berkompromi. Apa yang menyedihkan ialah cara layanan pihak Polis terhadap kedua-dua sahabat tersebut seolah-olah mereka ini adalah pengedar barangan larangan seperti dadah.
Gambar : Lahirul(Ketua Pemuda PAS Sabah) kelihatan digari
serta dilayan seperti pengedar dadah.
SG : Polis semue kena ingat, awok pun bayar duit minyak, makan beras, minum air taruh gula........

No comments:
Post a Comment