Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak
Keputusan pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sarawak dilihat sekali lagi telah memihak kepada Barisan Nasional. Namun ia bukanlah satu keadaan selesa bagi Barisan Nasional(BN) yang telah selama lebih 50 tahun mentadbir negara.
Satu sudut pandang yang boleh dibuat secara rambang dan ringkas di sini adalah sokongan yang diberikan oleh golongan yang bebas dari segi ekonomi dan juga yang mempunyai latar
belakang pendidikan yang tinggi telah merunsingkan BN. kebanyakkan mereka telah memesongkan sokongan mereka daripada BN kepada Pakatan Rakyat(PR) yang dilihat sepatutnya sudah tiba masanya untuk menggantikan kegagalan BN selama mereka telah memimpin rakyat.
belakang pendidikan yang tinggi telah merunsingkan BN. kebanyakkan mereka telah memesongkan sokongan mereka daripada BN kepada Pakatan Rakyat(PR) yang dilihat sepatutnya sudah tiba masanya untuk menggantikan kegagalan BN selama mereka telah memimpin rakyat.
Satu kesimpulan asas yang boleh dibuat secara rambang iaitu tidak mustahillah kebanyakkan kerusi yang dimenangi oleh BN adalah kawasan penempatan rakyat yang mempunyai latar belakang pendidikan yang rendah dan terlalu rendah dan faktor kedua adalah kebanyakkan mereka ini mempunyai taraf ekonomi yang terlalu rendah sehingga perlu mengharapkan bantuan dari yang lain.
Kesimpulannya, tidak mustahillah kenapa dalam banyak-banyak rancangan pembangunan, kerajaan BN tidak begitu serius dalam pelaksanaan teras dan implimentasi pendidikan serta membangunkan ekonomi masyarakat bumiputera yang tinggal di desa-desa. Kerana hal ini akan menyebabkan rakyat ini akan terus tidak pandai dan akan terus bergantung harap kepada bantuan kerajaan. Dan inilah yang sering diumpankan oleh BN bilamana tiba musim pilihanraya. Jadilah rakyat yang bernilai RM 50 seorang untuk tempoh 5 tahun.
Rakyat mampu mengubahnya. Mari kita tingkatkan pengetahuan dan taraf ekonomi kita.

No comments:
Post a Comment