Awan berarak ceria hari ini. Petang tiada titisan hujan. Tapi malam hujan sikit-sikit. 29 tahun dulu, bersinar dan berguguran air kaca gembira jatuh dari kelopak mata seorang ibu. Terngiang-ngiang suara bayi yang menjadi penawar paling mujarab selepas berhempas pulas untuk bertarung dengan maut. Suara bayi padaidi' itu rupanya bakal mengubah nasib masyarakat Sabah amnya, dan Tawau(Balung) khasnya.
Hari ini, genap 29 tahun, dengan bekalan sudah mencukupi di dada. Tulang rusuk kiri hampir tumbuh kembali. Bayi itu telah bersedia untuk terus memimpin rakyat, menentang kezaliman orang-orang yang zalim. Azam yang kuat untuk pastikan Islam itu letaknya dijunjung, bukan dialaskakikan. Dengan memilih jalan yang susah, berliku dan jauh. Dengan bekalan yang sudah rapi di sisi, serta harapan rakyat yang tinggi menggunung, kini hanya menuggu hari dan saatnya sahaja untuk terus bertempur....
SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-29 SAHABATKU......
KETUA PENERANGAN DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SABAH

No comments:
Post a Comment