Kehidupan sebenar tak semudah teori buku tentang kehidupan. Jika dalam buku banyak kita boleh baca teori yang mampu untuk meningkatkan motivasi diri. Tapi hakikatnya dalam realiti, sukar nak digambarkan melainkan pelaku yang buat sendiri teori tersebut.
Semua yang kita hadapi dalam hidup banyak dipelajari dari pengalaman hidup. Pengalaman itu boleh dibimbing dengan kemas lagi bila kita punya sedikit ilmu tentang kehidupan. Mungkin itulah gunanya teori tersebut. Tapi yang paling penting ialah sikap pelaku untuk bertindak. Sedap benar pepatah cina mengatakan "Perjalanan seribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama". Maksudnya, mahu atau tidak kita kena bertindak atau buat.
Tapi bertindak asasnya adalahj pertimbangan akal. Kalau bertindak tak melalui pertimbangan akal, maka bahana atau musibah jawabnya. Pertimbangan akal maksudnya berfikir sebelum bertindak. Kalau bertindak sebelum berfikir biasanya berakhir dengan penyesalan. Minda kena sihat bila nak berfikir waras. Minda yang sihat ialah minda yang sering digunakan. Minda yang sering digunakan itu adalah dengan memberi ia makan dan latihan. makananya ialah ilmu dan latihannya ialah berfikir.
Akal yang jidup adalah untuk orang yang berakal. Tapi akal orang yang mati adalah sesuai untuk spesis keluarga lembu atau seangkatan dengannya. Akal dan fikiran yang bezakan manusia dengan haiwan. kekadang haiwan lebih sedikit dari manusia sebabkan manusia itu tak gunakan akal mereka.
No comments:
Post a Comment