Tahun 2009 semestinya telah berlalu dan berikan serba sedikit corak kepada sosio kehidupan masyarakat dunia amnya. Tahun yang mencatat pelbagai peristiwa menarik dan tidak kurang yang mendukacitakan. Tahun 2009 juga tahun rakyat Malaysia khasnya berkira-kira masih lagi untuk bersuara dan bangkit untuk mempertahankan hak keperluan asas.
Tahun baru kali ni rakyat Malaysia khasnya meraikannya dengan satu 'hadiah' bermakna dari Kerajaan. Harga gula telah berjaya dinaikkan sebanyak 20sen. Gula yang mempunyai pengguna majoriti dalam segmentasi pasaran Malaysia memberi kesan lansung kepada sosio ekonomi rakyat.
Kenapa terdesak untuk lancarkan kempen kesihatan. Kononnya mengurangkan gula boleh menyihatkan badan. Kenapa tidak dari dulu lagi kempen ini dilancarkan. Kempen berbaur seakan memujuk rakyat untuk terima kepincangan yang tak dapat ditutup.
Semua rakyat harus sedar dan disedarkan. Ada hak ditangan rakyat sendiri untuk menetukan masa depan diri dan keturunan akan lebih baik. Kerajaan hanya sementara. Kerajaan boleh silih berganti. Kerajaan hanya pelaksana. Yang menentukan kerajaan ialah rakyat. Yang merasa hasil pentadbiran kerajaan adalah rakyat. Kita semua rakyat harus sedar perkara ini. Tentukan nasib kita dan keturunan kita kelak. Ambil kesempatan tahun baru ini untuk memparadigmakan minda dan kuasa rakyat. Berani untuk bebas dan merdeka dari kongkongan minda yang disekat. Bukan rakyat tidak mampu hidup tanpa kerajaan, tapi kerajaan tidak mampu untuk mentadbir tanpa kuasa rakyat. Biar apa pun kerajaan yang akan memerintah, rakyat akan terus hidup dan hidup cuma bezanya senang atau sengsara.
Kuasa di tangan KITA. Masa untuk berubah.
Selamat Tahun Baru!!!
No comments:
Post a Comment