Pages

Monday, November 16, 2009

CAP SIZE!!!, Jangan panic!

AlhamduliLLAH, kelmarin satu rehlah dikira berjaya dilaksanakan oleh sahabat-sahabat sepejabat. Walaupun perancangan yang ringkas dan ambil masa yang singkat, picnic kami dapat dilaksanakan dengan riang gembira.


Hujan yang turun renyai-renyai asalnya hampir membantutkan aktiviti lasak yang kami rancang. Plan asalnya kami ingin mencuba sukan air 'water rafting' di sungai kiulu. Akhirnya mengambil kira beberapa pendapat, kami tetap meneruskan plan tersebut. Walaupun pada asalnya 10 orang ingin mencuba, akhirnya hanya 4 orang yang tinggal dan sanggup untuk memenuhi cabaran sukan air tersebut.

Mencuba jarak sejauh 8km dan mengambil masa hampir 2jam serta di'guide' oleh seorang kemudi, kami berempat meredah sungai kiulu tersebut. Jeram demi jeram, lubok demi lubok, arus demi arus hampir semua kami redah dengan gagah dan berani (walaupun ada kecut-kecut juga sikit dalam hati). Kami mengambil kesempatan di setiap lubok dalam untuk terjun dengan 'confident' sekali(sebab dah siap bekal dengan 'life jacket'). Walaupun tak berapa nak pandai berenang, tetap digagahkan juga.

Dalam perjalanan mengharungi arus deras yang sedikit ganas di tengah-tengah sungai, hampir beberapa kali bot kami hampir terbalik. Hampir semua arus ganas dapat kami lepasi, kecuali satu arus yang paling ganas berpunca daripada pertembungan dua aliran deras sungai. "CAP SIZE!!!", jerit guider kami, bot kami terbalik dan dalam keadaan tidak bersedia kami dah terjunam ke dasar lubok sungai yang dalam dan hampir lemas. Mengingati pesan guider sebelum kami bermula supaya tidak panic, akhirnya kami semua timbul semula ke permukaan sungai dan terus mengejar bot kami yang hanyut. Rupanya baru kami tahu dan dapat satu pengajaran baru selain keseronokan. Sikap tidak panic dalam menghadapi sesuatu tekana atau musibah itu penting. Ianya banyak membantu kita dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang timbul serta dapat mengurangkan kemudaratan yang ada. Sebab itu bila setiap kali pameran kebakaran, Bomba selalu berkata bahawa punca kematian dari kes kebakaran kebanyakkannya adalah akibat dari sikap panic mangsa.


Aksi paling mencabar dalam water rafting- Gambar sekadar hiasan



Pemandangan Sungai Kiulu - Gambar sekadar hiasan

Setelah sampai di ending point, perut pun sudah ber'keroncong' dan meminta untuk diisi dengan sesuatu. Terus kami bergegas ke tapak picnic untuk mendapatkan ikan bakar dan nasi yang telah lama tersedia dan hampir habis. Pulangnya kami selepas itu berbekalkan dengan pengalaman dan pengajaran yang baik selain keseronokan. Satu ilmu yang paling berguna ialah bagaimana hendak mengatasi panic. Akan diapklikasikan kemudian dalam berorganisasi kelak. Ada rezki, ada kesempatan masa mungkin nak try lagi sekali dan lubok yang lain pulak.

No comments:

Post a Comment