Pages

Thursday, October 8, 2009

Tahniah Mahasiswa UMS!!!



Setelah penat jerih bertungkus lumus tempuh kuliah, tutorial, mid-term, quiz, final exam dan praktikal, akhirnya kesimpulan terjawab di dewan yang penuh bermakna. Dewan itulah dewan Canselor UMS. Ada yang 3 tahun, ada yang 4 tahun, ada yang 5 tahun dan tak ketinggalan yang lebih dari 5 tahun pun ada sama-sama mengakhiri zaman pedih jerih berdepan dengan semua tu.

10 oktober 2009 bermula sesi kesimpulan kepada para graduan yang berjaya menghabiskan sisa-sisa kehidupan kampus dan bersedia untuk tempuh alam dimensi baru dalam kehidupan. Tapi bagi para pencinta ilmu dan pada yang suka mengkritiskan minda juga tidak akan berakhir di sini. Pastinya peluang demi peluang akan diintai untuk terus majukan diri dalam sempadan daerah dunia akademik yang tidak berpenghujung.

Kepada para graduan diucapkan sekalung tahniah dan selamat menempuh alam pekerjaan. Kepada yang masih belum menyimpulkan lagi perjalanan akademik mereka, teruskan berjuang dan yang paling penting jangan putus asa. Walaupun semuanya pahit pada awalnya, yakinlah manis akan terasa bila anda melangkah dewan canselor dengan segak menggayakan jubah Konvokesyen satu masa nanti.


Gambar sekadar hiasan

Tidak lupa juga pesanan semasa Tamu Gadang nanti, jangan terlalu berseronok sampai lupa nak study untuk final exam(khas untuk adik2). Dan untuk para graduan, perjalanan hidup masih belum berhenti selagi kita tidak dijemput malaikat maut. Jadi hidup hasur diteruskan, usaha untuk terus hidup harus ditingkatkan, dan perjalan yang baik harus dipilih untuk pastikan penhujungnya kita mendapat ganjaran yang baik dari ALLAH kelak di akhirat insyALLAH.

No comments:

Post a Comment