Pages

Monday, August 10, 2009

Salam Ramadhan 1430 H


Selamat Berpuasa



Bulan Sya'ban hampir melabuhkan tirainya. Tidak lama lagi akan bermulanya kolej tarbiyah bagi para pencinta riyadah nafs untuk membentuk diri dan nafsu. Kolej Ramadhan yang dinanti-nantikan penuh dengan rahmat ALLAH untuk sekalian hambanya yang beriman. Ibadah pada bulan ramadhan diganjar dengan berkali ganda tingginya berbanding bulan2 biasa. Lagikan amalan paling tinggi di sisi ALLAH iaitu mejahadah fi SabiliLLAH. Tidak kira mujahadah atas nafsu ataupun mujahadah atas perkara lain, yang penting kedua-duanya itu adalah dalam jihad di atas jalan ALLAH. Jihad di jalan ALLAH lah yang terbesar sekali ganjaran amalnnya.

Jadi itu saya ingin ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan AL-mubarak. Semoga ramadhan kali ini dapat memberi peluang kepada kita untuk mendekatkan diri kepada PENCIPTA.

No comments:

Post a Comment