Pages

Tuesday, March 17, 2009

Nurilhakim masuk dalam blog saifulislam.com

Mulanya terasa nak melawat blog-blog kawan. Bila baca pada ruangan blog list, ada satu posting baru dari saifulislam.com. Bunyi-bunyi dari tajuknya tu macam kena blaim je saifulislam kali ni. Bila diteliti, ade satu imej yang dipaparkan sangat mengujakan diri.


Imej tu ialah petikan dari shoutbox yang memeparkan salah seorang pengunjung saifulislam. Dalam shoutbox tu tertulis nama yang amat aku kenal. Tak lain nurilhakim. Hai nurilhakim, boleh tahan jugak ko punye komen. Sampai jadi tatapan umum. Memang nurilhakim ni aktivis masyarakat. Hampir separuh daripada negeri tempat beliau menginap skarang ni dejelajahnya.

Satu tindakan yang boleh dipuji. Mungkin dalam bahasa lain beliau cuma nak beri pandangan. Tapi bila diteliti sekali lagi ayatnya macam memblaim. Terpulang kepada pembaca untuk menilai. Memang benar apa yang diperkatakan oleh kedua-dua pihak. Cumanya mungkin zaman sekarang ni perlukan kerja yang menumpu atau fokus. Agar dapat penuhi satu tuntutan peribahasa yang berbunyi lebih kurang supaya tidak jadi "yang dikejar tak dapat, yang dikendogn berciciran".

berikut artikel yang dimaksudkan........


Saifulislam.Com Halalkan ‘Couple’?

Musuh terbesar manusia adalah dirinya sendiri.
Selain daripada nafsu ammarah yang sering menyeru kepada keinginan yang jahat, manusia juga sering terpenjara di dalam paradigma pemikiran sendiri. Sebagaimana sebiji gelas boleh dilihat separuh kosong atau separuh penuh, demikian jugalah cara manusia menafsirkan apa yang ditonton, dilihat, didengar dan dibaca.

Sila baca lagi............

No comments:

Post a Comment