Minggu ni minggu untuk aku diuji ALLAH. Dah lama tak jadi 'cyclops', istilah yang diberikan oleh sdr. Salma pada aku. Takpa ko man, nanti kena siapla. Serangan bakteria telah menyebabkan mata aku membengkak dan merah2. Orang kampung panggil sakit mata. Lalu timbul lah pelbagai spekulasi dari pelbagai pihak termasuk kawan2 serumah aku. "Ko ni sekodeng cewek ni..." getus bang abil. "Tu laa mengitai saja kerja kau..
,kan dah kena merah mata.." seloroh salah sorang dari kawanku.
Kisahnya bermula bila aku sedang berurusan dengan cekgu2 PASTI. Kebetulan minggu tersebut cekgu2 tu terkena serangan bakteria pada mata dia. Aku pun dalam berurusan tu pasti sekali sekala terpandang mata dia. tengok2 merah. Betul lah macam lagu popular 60-an dulu. Dari kerana mata....yang mempunyai kuasa......ooooooo aku terjangkit, aku terjangkit terkesima...dari kerana mataaaa.....Pesanan dari aku, janganlah selalu bermain mata dengan orang yang sakit mata. Nah....pasti dengan izin ALLAH akan membawa padah.Bersyukur kepada ALLAH atas hikmah sakit yang dikurniakan.
Terima kasih kepada sahabat rumah terutamanya Sdr. Nizam sebab tolong minta ubat dari Dr. Azuranya. Tak lupa juga pada yang terlibat secara lansung.
(Belum berselera nak kupas isu politik semasa)

No comments:
Post a Comment