Pages

Wednesday, December 17, 2008

Kisah kenduri kendara.....

Baru2 3 hari lepas berpeluang untuk turun ke 'bumi peladang' (kata sesetengah insan) iaitu tawau. Lama dah tak jejakkan kaki ke Tawau. Kalau 2 tahun lepas boleh katakan hampir setiap bulan pasti akan ade peluang untuk ke sana. Mungkin ade sesuatu yang menarik kat sana yang menyebabkan aku suka untuk ke sana. Mungkin amplangnya, atau keropok blinjunya, atau keunikan bangsa majoritinya di sana. Tapi ape yang pasti di Tawau memang subur dengan gerakan dakwah Islam. Dan mungkin juga majoriti sahabat2 ku yang memang asal mereka di sana. Ya itulah mungkin kesan tarbiyah ukhuwah yang dikenakan dalam gerakan dakwah sejak mula aku jejakkan kaki di kampus satu masa dulu. Kesannya boleh membawa kita hingga kita rasakan yang sahabat kita ni lebih dirindui berbanding keluarga kita sendiri. Dan juga mungkin berkat ungkapan doa robithoh yang mengikat jiwa para pendokong Agama ALLAH.
 Jelas terpancar keceriaan di wajah pasangan(dah jumpe sakinah kot)

Ceritanya aku sebenarnye ke Tawau untuk penuhi satu jemputan walimah mentor aku dalam kerja dakwah di kampus satu masa dulu. Mane boleh terlepas untuk raikan bersama majlis terindah bagi beliau tu. Itulah mungkin rasa keberadaan di dalam jemaah dan gerakan dakwah. Walaupun urusan peribadi sekalipun akan cuba di'jemaahkan' agar diri senantiasa tidak 'futur' dalam berjalan di 'jalan' ini. Kesempatan majlis tu juga tidak lain untuk kumpulkan seramai mungkin sahabat dan sahabiah. Tujuannya tak lain untuk refresh balik semangat dah roh kebersamaan dalam menempuh jalan dakwah ini. AlhamduliLLAH, walaupun tak lancar seperti yang dirancang, namun mini gathering dapat terus dilaksanakan.Pertemuan yang kecil dan ringkas ini mudah mudahan dapat beri satu ketumbukan yang besar kelak bagi semua sahabat. Tidak lain untuk terus thabat dan istiqomah dalam jalan dakwah ini. Tak lupa juga tahniah pada pasangan pengantin Sdr. Ridhuan dan Sdri. Suriah (dua2 mentor aku). Tahniah sebab dah berjaya buat syaitan menangis. Semoga berbahagia kelak dalam kemudi bahtera rumahtangga. Dan yang paling penting terus istiqomah untuk bana baitud dakwah au baitul muslim sebagaimana yang di idamkan oleh para mujaddid jalan dakwah. Ameeennnn.......(untuk diri aku jugak).

1 comment: