Pages

Saturday, April 19, 2008

Suara Mahasiswa Untuk Perubahan

"Berikan aku sepuluh pemuda yang kental dan sanggup untuk mati berjuang, akan aku gegar dunia ini dengan suara dan kerja mereka." Mungkin kita pernah terdengar atau terbaca petikan kata-kata salah seorang pemimpin hebat di satu masa dahulu. Jika kita mengkaji sejarah kejatuhan kerajaan yang zalim di kebanyakkan negara khasnya Asia ini, kita dapat lihat bahawa terdapat persamaan dianatara faktor yang menyebabkan keruntuhan tersebut. Ianya tidak lain merupakan suara perubahan daripada mahasiswa yang mendesak inginkan reformasi dalam pemerintahan sesebuah negara. Kita mungkin pernah terbaca atau terdengar sejarah kejatuhan kerajaan Iran dan indonesia pada satu ketika dahulu. Kedua-dua perkara ini terjadi apabila suara mahasiswa bangkit dan melakukan banyak tindakan berani sehinggakan berlaku pertumpahan darah yang dasyat dan akhirnya rakyat turut serta bangkit dan seterusnya menumbangkan kerajaan zalim yang sedia ada lalu digantikan dengan satu kerajaan baru yang lebih membawa pendekatan yang baru.




Kekangan dan kecaman terhadap Mahasiswa.



Implikasi terhadap peristiwa tersebut telah menyedarkan pihak tertentu yang tidak suka melihat perubahan berlaku, lalu wujudlah satu pihak yang mempunyai 'Authority' dan kuasa menekan dan mencengkam pemikiran Mahasiswa. Peraturan dan undang-undang yang timbul telah membaculkan mahasiswa untuk terus menyumbangkan suara reformasi dan menumbangkan kezaliman. Lalu kesannya kita boleh lihat masa kini berlaku ke'bantu'tan dalam usaha untuk melahirkan kepimpinan Negara amnya dikalangan para pemuda dan khasnya dikalangan para ilmuan atau Mahasiswa.



Hiburan berleluasa yang disogokkan oleh pihak yang tidak 'bertanggungjawab' telah menanamkan satu 'mind set' didalam kotak pemikiran para belia khususnya mahasiswa untuk sentiasa berada di dalam zon yang selesa dan tidak mahu susah didalam memperjuangkan hak mereka dan khususnya hak sekalian ummat. Ummat masih belum merdeka.




Resolusi Mahasiswa Islam




Sehubungan dengan itu beberapa resolusi dari pandangan peribadi hendak diutarakan antaranya :



1. Belia khasnya mahasiswa perlu mendalami erti INTELEKTUAL yang seringkali diungkapkan dan seharusnya mereka berusaha untuk menjadi INTELEK dalam erti kata yang hakikat.

2.Mahasiswa Muslim seharusnya memperkukuhkan 'Fundamental' kefahaman dan pengaplikasian terhadap ajaran Islam itu secara menyeluruh. (Cabaran Mahasiswa MUslim ialah menyampaikan dan menerangkan Islam kepada masyarakat.)

3.Bergerak aktif dan menjadi 'Public Leader' dalam masyarakat atau sekurang-kurangnya 'Ikon' kepada para belia lain.



Wallahualam......



Bila gunung mula bergema......


No comments:

Post a Comment