Tidak sekuat virus J.E. mahupun HN5n yang melanda Negara suatu masa dahulu, Pilihanraya pada kali ini melihatkan suasana yang agak lesu jika dibandingkan dengan suasana ketika pasca reformasi satu ketika dulu. Tidak banyak gerakan awal yang dijalankan oleh mana-mana parti(kecuali parti yg memegang kerajaan sekarang) yang bakal bertanding pada 8 Mac depan. Mungkin kerana fobia atau sudah bosan dengan penipuan dan kebobrokan yang dilakukan oleh pihak-pihak tertantu yang menghakis demokrasi di negara ini.Tidak hairanlah mengapa ramai yang tidak menyatakan simpati kepada mana-mana parti yang membangkang kerajaan, kerana salah satunya mereka telah di tanamkan satu virus supaya tidak men'demokrasi'kan diri mereka dengan pelbagai ancaman dan amaran yang dilemparkan khusus kepada yang memegang jawatan dalam kerajaan.
Adakah ini benar-benar menunjukkan bahawa negara kita mengamalkan kebebasan atau demokrasi sebenar ataupun sekadar memakai 'name tag' demokrasi?
Seharusnya para pengundi ataupun rakyat negara kita matang dalam menghadapi pelbagai isu bukan semata hanya menunggu pilihanraya. Hal ini kita boleh lihat dengan apa yang terjadi pada masa sekarang, di mana keadaan ekonomi negara berada dalam situasi yang tidak stabil jika dibandingkan dengan apa yang diwar2kan oleh pimpinan negara. Dengan berlakunya banyak peningkatan dalam pelbagai harga barang dan yang paling utama bahan bakar sebenarnya menghimpit masyarakat yang khususnya bagi golongan pertengahan dan kebawah. Jika keadaan ini berterusan, tidak mustahil akan berlaku pelbagai perkara yang tidak baik dalam sesuatu komuniti masyarakat tersebut.
Tiba masanya masyarakat berfikir dan yang paling penting bertindak secara matang dalam usaha sama-sama menetukan halatuju masadepan negara. Negara adalah untuk masyarakat dan masyarakat perlukan Negara yang boleh didiami dengan sejahtera.......
Mari kite pakat turun mengundi.
KeAMANan Negara di Tangan Anda!!!
Anda Mampu Mengubahnya!!!
No comments:
Post a Comment