Bukanlah bidangku untuk menulis. Dan bukan kemahiranku untuk memegang pen dengan lancar menyorotinya dengan idea-idea yang mencurah-curah. Aku hanyalah manusia yang semata ingin terus belajar untuk memperkayakan akal dengan memikir dan terus memikir untuk mencari ertoi kehidupan yang di pimpin olehNYA.
Cemburu aku menatap tulisan sahabat-sahabatku yangbukan saja petah dalam berbicara, malah dikurniakan oleh ALLAH bakat untuk memegang pena dengan lajunya meluncur di kertas-kertas dan pantas jario-jari menekan keyboard. Ayat-ayat disusun dengan rima yang menarik dan cukup berselera untuk dibaca berbanding tulisan aku yang jauh jelik lagi sekalipun untuk tatapan diri sendiri.
Tidak kurang ada yang terlalu puitis dan romantis dalam tulisan bahkan kata-kata (bayugunung). Tapi akan ku ambil semua ini sebagai pencetus inspirasi untuk terus berusaha mebaiki tulisan kerana dakwah kini bukan menuntut untuk kita mahir dalam satu segi sahaja, malah bersegi-segi.
Akanku cuba berjalan dari merangkak..........
salam 'alaik..
ReplyDeletemenyoroti sirah Nabi Musa a.s yang dirakamkan Allah SWT dalam al-Quran,kerana kehebatan lisan Harun a.s maka baginda menjadi teman setia Musa menyampai dakwah.namun kekurangan itu pun sesekali tidak menjadi penghalang kepada Musa untuk berdakwah dengan kalam..
kerana tidak sepetah Harun dalam berhujah,Musa memohon pada Allah agar dipermudahkan lisannya menyampai dakwah pada Firaun laknatuLLah..
demikianlah kehebatan ALlah,mencipta manusia dengan potensi dan bakat yg berbeza-beza..memang hakikatnya kita tidak mempunyai kesempurnaan sama ada dalam sifat mahupun perbuatan.namun disamping kekurangan itu Allah pasti memberikan kita kelebihan lain.
siapa kata nta tak dapat menulis dengan baik?blog ini sahaja dah jadi bukti yg penulisnya org yg kreatif. setiap org perlu ada gaya penulisan tersendiri barulah benar2 seorang penulis sejati.
berdakwah dengan pena, isi dakwah menjadi item utama. biarlah walau dengan sepatah kata,andai ia memberi makna, akan hilanglah nilai bahasa yang berjela-jela jika ia tak dapat memberi apa2...
wallahualam..
-mysarah-