Pages

Tuesday, October 2, 2007

Di saat aku mengenalimu…..


Ku ingat kembali kenangan lamaku
Di saat itu aku berada di tahun 4
Di mana saat itulah guruku memperkenalkan aku pada si dia
Tika itu jugalah hatiku mula diketuk olehnya
Hati ini boleh terimanya tanpa ada apa halangan
Saat bila bersamanya pastinya hatiku kan berasa tenang
Aku tidak pernah kenal erti jemu untuk sering dan selalu bersamanya
Adakalanya 2,3 atau 4 kali sehari aku peruntukkan masaku untuk bersama-sama dengannya
Tapi dia juga sering kerap untuk bersama denganku, katanya masih tidak cukup masa yang ku peruntukkan dengannya
Tika tiba saat untuk aku bersamanya
Akan ku pastikan diriku ini bersih dan suci, kubersihkan diriku dengan bersungguh
Kerna dia akan pastikan aku bersih tika bersamanya ataupun dia akan meninggalkanku sendiri
Bila sampai ke pengetahuan keluargaku tentang kukenali dirinya
Mereka kehairanan dan merasa pelik dan ada tikanya mereka tertawakanku
Bagai mentertawakan sesuatu yang amat lucu
Mungkin mereka tidak pernah mengenalinya
Bukan kerna aku tidak pernah berusaha untuk memperkenalkannya kepada mereka
Tapi diriku ini perlukan kekuatan untuk kubawanya pulang dan perkenalkan pada mereka
Diriku meningkat dewasa
Hubunganku dengan dia tidak pernah terputus
Cuma kekerapanku bersama dengannya sahaja yang semakin sedikit
Saat dimana aku semakin mengenalinya
Semakin banyak rahsia tentangnya aku ketahui
Ia membuatkan cintaku padanya semakin membara
Kuterus berusaha untuk mengungkap lagi segala rahsia demi rahsia tentangnya
Kemudian baru kutahu
Yang aku perlukan belaiannya lebih dari dahulu semasa aku baru mengenalinya
Aku sering menghabiskan masa dengannya 5 kali sehari
Dan itulah permintaannya setiap hari denganku
Dan jika aku tidak turutkan kehendaknya dia akan hambar untuk bersamaku dan diriku akan berasa gusar dan kosong tidak beerti
Sebalik rahsianya juga dia lebih gemar untuk bertemu denganku di dalam kelompok yang ramai berbanding tika dia bersamaku sendirian
Selama ini dialah yang mengisi jiwa kosong ini
Jiwa yang ketandusan dan sedang mencari sesuatu
Tapi entah apa yang dicari yang pasti terus mencari
Sehinggalah saat aku mengenalinya………………….
Bukan mudah untuk senantiasa dengannya
Terkadang aku mampu dan terkadang aku tidak
Saat aku tidak bertemu dengannya di saat itulah juga dia akan bersedih
Dan aku berazam akan ku bersama dengannya sehingga titisan darahku yang terakhir
Dan tidak akan kupisahkan diriku dengannya hingga ke hujung nyawaku
Terimalah janjiku ini…………….
Aku sangat cinta padamu………………..
Dari saat aku mengenalimu……………………………Solat Fardhu 5 Waktu
KJ


No comments:

Post a Comment