Negara baru sahaja digemparkan dengan berita yang amat pilu setelah genap sebulan pencarian budak yang dikatakan hilang, dan ditemui semula dalam keadaan yang amat memilukan.
Kanak-kanak yang ditemui mati itu bukan sahaja mengundangkan kesedihan daripada orang ramai malah timbul juga sifat benci kepada pesalah yang melakukan jenayah terhadap kanak-kanak tersebut. Beliau bukan sahaja telah dibunuh dengan kejam malahan telah didera dengan kejam sekali oleh pesalah yang masih lagi belum diberkas itu.
Sebenarnya kes sebegini bukan hanya ini sekali terjadi malah telah wujud kes-kes sebegini satu masa dahulu samaada ianya mendapat liputan meluas mahupun tidak.
Barang yang lepas jangan dikenang, kalau dikenang merosaklaaa diri, sebagaimana lirik lagu P. Ramlee. Bukan persoalan kenangan atau terkenang, persoalan utama ialah sejauh mana kita boleh atau mahu mengambil pengiktibaran daripada kejadian tersebut.
Memang sukar untuk memelihara anak perempuan. Masakan terkeluar dari mulut orang-orang tua, "memelihara seorang anak perempuan lebih susah dan sukar dari memelihara lembu sekandang". Dan pernah juga terjadi kepada masyarakat arab jahiliah yang mana mereka tidak sukakan anak perempuan lahir didunia.
Manusia zaman sekarang bukannya boleh dikira sangat, sedangkan kanak-kanak pun jadi untuk dilakukan seks inikan pula wanita dewasa yang semestinya telah 'memenuhi syarat'.
Boleh dikatakan ini merupakan cabaran kepada kaum wanita khususnya dalam memelihara diri sendiri dan juga anak-anak perempuan. Maruah yang ada pada kaum wanita itu sebenarnya sangat tinggi. Sebab itulah dikatakan wanita itu paling ramai berada di neraka dan paling mudah untuk masuk ke syurga.
Cabaran kepada para wanita diluar sana untuk memelihara diri masing-masing dan maruah keluarga agar negara akan senantiasa aman dan tenteram.
Wallahualam.....
KJ
No comments:
Post a Comment