Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Besar Muhammad serta keluarganya yang mulia. Menulis merupakan satu kemahiran yang ukan dapat dipelajari oleh seseorang hanya dengan belajar teoriu semata-mata. Akan tetapi, di sebalik tulisan yang tajam yang dapat menerobos hati manusia itu adalah datangnya hasil daripada pemerhatian yang tajam serta luahan hati penulis yang ingin menceritakan apa yang perlu diketahui oleh pembacanya.
Untuk penulis yang hebat mestilah tulisannya dipandu oleh wahyu dari[pada ALLAH ta'ala. Ini kerana hanya ALLAH sahaja yang layak untuk mengetuk pintu hati manusia dan penulis hanya menjadi asbab atau perantara untuk hidayah ALLAh itu sampai ke tembolok hati manusia.
Peluang dan ruang yang diizinkan ALLAH ini akan saya manfaatkan sebaiknya untuk melatih diri yang lemah ini agar dapat terjun ke dalam bidang penulisan yang penuh mencabar ini. Bidang penulisan bukan sekadar satu seni semata malahan ianya suatu manfaat atau senjata masakini yang perlu digunakan untuk menangkis serangan pemikiran yang banyak mempengaruhi pemikiran masyarakat terutamanya masyarakat Islam.
Ya ALLAH, kau limpahilah hatiku dengan cahaya, pendengaranku dengan cahaya, penglihtanku dengan cahaya, di kananku cahaya, di kiriku cahaya, di depanku cahaya, di belakangku cahaya, Ya ALLAH, kurniakanlah aku dengan cahayamu, Ya Rabbul Jalil. Kau berkatilah tulisanku ini dan pandulah ia ke jalan yang benar dan agar seluruh penduduk dunia beroleh manfaat darrinya. Ameeeen.....
Wallahualam,
Penulis Dhaif,
Shoutul Jabbal.
No comments:
Post a Comment